Operasi cari mangsa feri digantung

JAKARTA – Operasi pencarian di bawah air di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 digantung sehingga usaha menimbulkan dan menstabilkan kapal berkenaan selesai.

Sehingga hari ke-21 operasi mencari dan menyelamat (SAR), sebanyak 55 orang masih dilaporkan hilang manakala 108 mangsa selamat dan 80 mayat dikeluarkan.

Ketua Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Mohammad Syafii berkata, penyelam telah menembusi kira-kira 10 hingga 15 meter ke dalam kapal berkenaan.

Bagaimanapun pergerakan seterusnya terhalang oleh runtuhan dan bahan di dalamnya, manakala strukturnya yang tidak stabil serta keadaan kapal yang terus tenggelam meningkatkan risiko kepada anggota SAR.

Pada sidang medi, beliau berkata, beberapa tingkap telah dibuka bagi membolehkan penyelam memasuki kapal, tetapi tiada mangsa ditemukan menerusi laluan berkenaan sejak hari ke-19.

Manakala jarak penglihatan yang sangat terhad akibat mendapan dan runtuhan, objek tajam, tumpahan minyak serta kemungkinan pencemaran bahan kimia menimbulkan risiko tambahan.

Katanya , semakin jauh operasi penyelaman dilakukan ke dalam kapal, risikonya semakin kompleks dan pada situasi ini, perlu ada keseimbangan antara strategi pencarian dan keselamatan anggota.

Feri Virgo Transport 8 yang membawa 243 orang terbalik di Laut Jawa pada 13 September selepas terputus hubungan semasa dalam pelayaran dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan, sebelum tenggelam sepenuhnya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment