Video judi raya, polis cari dalang

KUALA LUMPUR 14 April – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.

“Kita ada maklumat seorang lelaki bernama Loh Kee Hoe berumur 35 tahun. Kita percaya mungkin individu ini adalah penganjur yang boleh nanti membantu siasatan kes kita.

“Mengikut maklumat tangkapan kita, suspek adalah individu yang mengarahkan untuk pembikinan video berkenaan. Suspek yang mencari ejen dan juga pihak produksi,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi hari ini.

Katanya, seorang lagi suspek ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung video pertama judi raya yang tular pada Jumaat.

Manakala dua daripada lapan individu yang ditahan sebelum ini akan direman sehingga 21 April depan manakala enam  lagi tidak dapat ditahan reman kerana ditolak oleh Majistret.

Mereka ini hanyalah pelakon, mereka berikan kerjasama dan peguam mereka berjanji untuk beri kerjasama apabila diperlukan.

Dua individu itu adalah penerbit dan jurukamera yang dipercayai terlibat dalam pembikinan video pertama judi raya yang tular sejak semalam.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan berkata polismenahan lima lelaki dan tiga wanita yang terbabit dalam pembikinan sebuah iklan mempromosi aktiviti perjudian dalam talian sempena Hari Raya semalam.

Mereka  berusia di antara 24 dan 47 tahun

Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.

Mereka mengaku menerima bayaran untuk berlakon dalam iklan berdurasi 2 minit satu saat itu sebanyak RM180 seorang.

Katanya, hasil siasatan susulan, polis menahan tiga lagi individu awal pagi tadi, yang juga ejen artis, jurukamera dan pengarah video berkenaan di sekitar Ampang.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati penggambaran video ini dibuat di Ampang dan Hulu Langat, pada 13 Mac lalu.

Related posts

Leave a Comment