Kes positif 1.5 juta di Indonesia

JAKARTA 17 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1.599.763 termasuk 5,041 kes baharu yang dilaporkan hari ini manakala kes aktif pula 106,243.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,450,192 atau 90.7 peratus termasuk 5,963 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

Pada masa yang sama, 132 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 43,327 orang.

Kematian tertinggi yang direkodkan hari ini adalah di Jawa Timur sebanyak 26 kes, Jakarta 18, Jawa Barat, Banten dan Yogyakarta masing-masing sembilan kes.

Jakarta pula merekodkan kes positif tertinggi iaitu 1,037, Jawa Barat 832, Jawa Tengah 518, Riau 320 dan Jawa Timur 285.

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Tengah 1,818, Jakarta 999,  Jawa Barat 696, Kalimantan Selatan  287, serta Yogyakarta 281 orang.

Bagi program vaksinasi pula, setakat hari ini, 10,801,244 telah mendapat suntikan

termasuk 95,060 penerima hari ini manakala yang menerima dos kedua jumlahnya meningkat menjadi 5,889,716 orang..

Related posts

Leave a Comment