Terima vaksin masih dijangkiti

PUTRAJAYA 17 April – Tiada jaminan penerima vaksin kebal daripada dijangkiti. Ini terbukti apabila 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19 manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Melalui Facebooknya, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.

Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19.

Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.

Dalam hal ini beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Related posts

Leave a Comment