Lonjakan kes berterusan di Thailand

BANGKOK 12 April – Thailand terus menyaksikan lonjakan kes Covid-19 apabila merekodkan 985 kes baharu berbanding 967 kes semalam menjadikan  jumlah keseluruhan 33,610 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Chiang Mai mendahului dengan 246 kes diikuti Bangkok (137) dan Chon Buri (92). Lima kes import pula melibatkan Rusia (2), Jerman (2) dan satu kes dari Sweden. Trend peningkatan masih berterusan dan dijangka meningkat selepas sambutan pesta air dikenali perayaan Songkran. Lonjakan itu berlaku menjelang sambutan cuti utama negara itu, Songkran, acara pesta air besar-besaran yang kini dilarang oleh pihak berkuasa…

Read More

Singapura lapor 25 kes import

SINGAPURA 12 April – Sebanyak 25 kes import dilaporkan di Singapura yang turut melibatkan lima rakyat tempatan dan dua penduduk tetap yang pulang dari Kanada, India, Indonesia dan Britain menjadikan jumlah keseluruhan 60,678 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, empat kes adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Nepal. Sebelas kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Filipina dan baki tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk menziarahi keluarga mereka yang merupakan pendudukan tetap. Sementara itu, 22 lagi pesakit…

Read More

10 kluster baharu, 345 aktif

PUTRAJAYA 12 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan – tujuh kluster tempat kerja dan tiga komuniti yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,469 kluster. Daripada jumlah itu, 1,124 kluster tamat termasuk lapan yang tamat hari ini iaitu Kluster Batu Tiga Lama, Kluster Jambatan Satu Bombalai, Kluster Bukit Bayas, Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan DPB Enam, Kluster Lorong Murni, Kluster Perusahaan Amari, dan Kluster Meranti Utama. Kluster aktif pula 345 kluster di mana 51 merekodkan pertambahan kes termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Sungai Kluang Empat (33 kes), Kluster Sungai Kluang Satu (32…

Read More

Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 12 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 351 kes (26.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 256 kes (72.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 303 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes (8.8 peratus). Sarawak: 351 kes 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor: 303 kes  69 kes daripada kluster-kluster,…

Read More

Dua minggu kekal 4 angka

PUTRAJAYA 12 April – Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 empat angka, dua minggu berturut-turut selepas mencatatkan 1,317 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 362,173 melibatkan 1,305 penularan tempatan dan selebihnya kes import. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kesemua jangkitan baharu itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 351 diikuti Selangor (303 kes), Kuala Lumpur (116 kes) dan Sabah (105 kes). Sementara itu, 1,052 kes sembuh baharu dilaporkan manakala jumlah kes aktif kini bertambah kepada 15,835. Sebanyak 188 pesakit pula berada…

Read More

PKPB, PKPP dilanjut lagi

KUALA LUMPUR 13 April – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikenakan di negeri-negeri berkenaan dilanjutkan, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Beliau memberitahu, PKPB di negeri-negeri Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur akan dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April, manakala Sarawak akan terus berada di bawah PKPB dari 13 April hingga 26 April. PKPP di Kedah (kecuali di Kuala Muda), Melaka, Negeri Sembilan (kecuali di Seremban), Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Terengganu serta Labuan dan Putrajaya akan dilanjutkan dari…

Read More

Sahur, iftar melegakan peniaga

KUALA LUMPUR 12 April – Pemilik restoran, gerai, kedai makan, kedai kopi malahan hotel serta pengusaha katering tentunya  lega dengan beberapa kelonggaran berkaitan perniagaan mereka yang diberikan sepanjang bulan Ramadan ini. Pertamanya operasi perniagaan boleh dilanjutkan sehingga waktu  sahur atau mengikut kebenaran dalam lesen diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang Ramadan. Kedua, kebenaran mengadakan majlis berbuka puasa termasuk bufet Ramadan dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini hari ini. Katanya, langkah pelanjutan masa operasi hingga sahur…

Read More

Melonjak hampir 1,000 kes

BANGKOK 12 April – Thailand terus menyaksikan lonjakan kes Covid-19 apabila merekodkan 985 kes baharu berbanding 967 kes semalam menjadikan  jumlah keseluruhan 33,610 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Chiang Mai mendahului dengan 246 kes diikuti Bangkok (137) dan Chon Buri (92). Lima kes import pula melibatkan Rusia (2), Jerman (2) dan satu kes dari Sweden. Trend peningkatan masih berterusan dan dijangka meningkat selepas sambutan pesta air dikenali perayaan Songkran. Lonjakan itu berlaku menjelang sambutan cuti utama negara itu, Songkran, acara pesta air besar-besaran yang kini dilarang oleh pihak berkuasa…

Read More

11,378 kes harian Filipina

MANILA 12 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 11,378 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 876,225 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 267 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 703,625 kes pulih atau 80.3 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu 204 orang meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,149 kematian.

Read More

Ahmad Fuzi YDP Negeri Pulau Pinang

TANJONG 12 April – Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama tujuh penggal sejak 2001. Beliau akan menerima surat pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 30 April ini manakala upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 1 Mei ini di Dewan Sri Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau menerima surat pemakluman pelantikan tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong pada 8 April lalu. “Kerajaan…

Read More