Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 12 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 351 kes (26.7 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 256 kes (72.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 303 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes (8.8 peratus).

  • Sarawak: 351 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 303 kes 
    • 69 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Balakong Lapan;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 116 kes  
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 11 kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 112 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 109 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment