Singapura lapor 25 kes import

SINGAPURA 12 April – Sebanyak 25 kes import dilaporkan di Singapura yang turut melibatkan lima rakyat tempatan dan dua penduduk tetap yang pulang dari Kanada, India, Indonesia dan Britain menjadikan jumlah keseluruhan 60,678 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat kes adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Nepal.

Sebelas kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Filipina dan baki tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk menziarahi keluarga mereka yang merupakan pendudukan tetap.

Sementara itu, 22 lagi pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 60,357 pesakit sudah pulih sepenuhnya.

Setakat ini, 56 pesakit masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih manakala seorang pesakit dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment