Melonjak hampir 1,000 kes

BANGKOK 12 April – Thailand terus menyaksikan lonjakan kes Covid-19 apabila merekodkan 985 kes baharu berbanding 967 kes semalam menjadikan  jumlah keseluruhan 33,610 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Chiang Mai mendahului dengan 246 kes diikuti Bangkok (137) dan Chon Buri (92).

Lima kes import pula melibatkan Rusia (2), Jerman (2) dan satu kes dari Sweden.

Trend peningkatan masih berterusan dan dijangka meningkat selepas sambutan pesta air dikenali perayaan Songkran.

Lonjakan itu berlaku menjelang sambutan cuti utama negara itu, Songkran, acara pesta air besar-besaran yang kini dilarang oleh pihak berkuasa buat dua tahun berturut-turut disebabkan oleh pandemik tersebut.

Ribuan warga Thailand secara tradisi akan pulang ke kampung halaman semasa tempoh cuti Songkran, yang secara rasmi bermula pada Selasa.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya jangan melakukan perjalanan yang tidak perlu dan mengehadkan perhimpunan untuk membendung penularan pandemik itu, yang merangkumi varian B117 yang sangat mudah berjangkit dan pertama kali dikesan di Britain.

Hampir 40 wilayah sudah melaksanakan sekatan dan kuarantin terhadap mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan-kawasan yang menjadi kelompok jangkitan Covid-19 dan ibu kota Bangkok, yang kini disifatkan sebagai kelompok terbaru virus tersebut di Thailand.

Related posts

Leave a Comment