10 kluster baharu, 345 aktif

PUTRAJAYA 12 April – Sepuluh kluster baharu direkodkan – tujuh kluster tempat kerja dan tiga komuniti yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,469 kluster.

Daripada jumlah itu, 1,124 kluster tamat termasuk lapan yang tamat hari ini iaitu Kluster Batu Tiga Lama, Kluster Jambatan Satu Bombalai, Kluster Bukit Bayas, Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan DPB Enam, Kluster Lorong Murni, Kluster Perusahaan Amari, dan Kluster Meranti Utama.

Kluster aktif pula 345 kluster di mana 51 merekodkan pertambahan kes termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Sungai Kluang Empat (33 kes), Kluster Sungai Kluang Satu (32 kes), dan Kluster Industri Balakong Lapan (30 kes).

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER LEEPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359058) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Leepang A Estate, Muadzam Shah. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 62 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDERA MAHKOTA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355719) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan IM 3/10, Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI BALAKONG LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KPB 8, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 56 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERJIRANAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359833) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah pusat kecergasan yang terletak di Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN STADIUM EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354432) merupakan kes  Influenza-like Illness (ILI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak berhampiran Jalan Stadium 4, Kota Bharu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ARA MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357585) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ara Murni, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SALAHUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357733) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, WP Putrajaya. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KABU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling, Kota Setar, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354366) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PAYA PULAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357567) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya Pulai, Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN CANNING ESTATE

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358798) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Jalan Canning Estate, Taman Canning, Ipoh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment