Dua minggu kekal 4 angka

PUTRAJAYA 12 April – Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 empat angka, dua minggu berturut-turut selepas mencatatkan 1,317 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 362,173 melibatkan 1,305 penularan tempatan dan selebihnya kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kesemua jangkitan baharu itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 351 diikuti Selangor (303 kes), Kuala Lumpur (116 kes) dan Sabah (105 kes).

Sementara itu, 1,052 kes sembuh baharu dilaporkan manakala jumlah kes aktif kini bertambah kepada 15,835.

Sebanyak 188 pesakit pula berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, KKM juga merekodkan empat kematian akibat wabak itu sekali gus menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 1,333.

Related posts

Leave a Comment