Lonjakan kes harian di Arab Saudi

RIYADH 8 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi melonjak dalam tempoh 24 jam apabila merekodkan 902 kes berbanding 783 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 395,854. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama sembilan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,728 kematian. Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 381,189 orang apabila 469 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 402 kes diikuti daerah Makkah 163 dan daerah Timur 155 kes. Kes aktif pula sebanyak 7,468 dengan 874 daripada…

Read More

Thailand tutup pusat hiburan

BANGKOK 8 April – Semua pusat hiburan di 41 wilayah termasuk Bangkok akan ditutup sekurang-kurangnya dua minggu mulai esok, Jumaat berikutan penularan wabak Covid-19 melalui Kluster Thong Lor. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, langkah itu juga diambil berikutan pengesanan kes Covid-19 tempatan pertama membabitkan varian  B117 UK yang boleh merebak 1.7 kali lebih cepat berbanding virus tanpa mutasi. Varian baharu itu dikesan di kluster Thong Lor (tempat hiburan) yang membabitkan 24 pesakit. Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha yang memberi perhatian terhadap varian baharu itu dijangka menandatangani perintah penutupan pusat- pusat hiburan pada satu…

Read More

9,216 kes harian, 60 kematian

MANILA 8 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan  9,216 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 828,366 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 60 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 14,119 kematian. Sementara itu, kes sembuh meningkat kepada 646,968 atau 78.1 peratus termasuk 598 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Kes aktif pula 167,279 atau 20.2 peratus.

Read More

10 kluster tamat, 4 baharu muncul

PUTRAJAYA 8 April – Jumlah kluster tamat meningkat kepada 1,087 apabila 10 lagi tamat hari ini sementara yang masih aktif adalah 348 daripada 1,435 kluster yang dilaporkan setakat ini. Sepuluh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Sungai Lembing, Kluster Kampung Gedang, Kluster Jalan Bukit Blossoms, Kluster Singgahmata, Kluster Mayang Pasir, Kluster Ladang Sungai Pin, Kluster Jalan Pahang, Kluster Jalan Mawar, Kluster Lorong Bakau, dan Kluster Tapak Bina Sungai Batu. Sebanyak 47 kluster menunjukkan pertambahan kes dan antara yang merekodkan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes),…

Read More

Selangor kembali mendahului kes

PUTRAJAYA 8 April – Selangor kembali melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 374 kes (29.1 peratus) berbanding semalam 294. Daripada jumlah ini, sebanyak 292 kes (78.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes (16.4 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes (12.6 peratus). Selangor: 374 kes  97 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taming; 195 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Tiga (3) kes import dari luar…

Read More

1,285 kes baharu, empat kematian

PUTRAJAYA 8 April – Malaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 355,753 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Lapan daripadanya adalah warganegara. Bagi kes tempatan daripada 1,268 kes , sebanyak 999 warganegara (78.8%); 269 bukan warganegara (21.2%) Kes sembuh pula sebanyak 1,175, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 340,242 kes. Terdapat pertambahan empat kes kematian baharu, dua di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak menjadikan…

Read More

Annuar dakwa rakaman asli…

PUTRAJAYA 8 April – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak semalam adalah asli. Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid dan Anwar. “Saya cuba mendengar malam tadi beberapa kali dan sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua individu, pengecaman suara bukanlah menjadi sesuatu perkara rumit. “Suara orang lain berlakon…

Read More

Shahidan mahu polis siasat audio

KUALA LUMPUR 8 April – Pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan Barisan (PNBBC), Shahidan Kassim akan membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon kononnya Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim yang tular di media, sejak beberapa hari lalu. Beliau akan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan mengenai kesahihan rakaman audio perbualan telefon yang didakwa antara Presiden UMNO dan Presiden PKR tersebut. Memetik portal PNBBC, Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis juga meminta pihak lain membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan memutuskan kesahihan perbualan…

Read More

APA PULA ‘PERMAINAN’ SELEPAS AUDIO ‘ZAHID-ANWAR’

DUA presiden, Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) dan Anwar Ibrahim (PKR) sudah menafikan keterlibatan mereka berhubung audio perbualan antara ‘mereka berdua’ yang tular sejak malam semalam. Zahid menafikannya melalui satu kenyataan media pada sebelah pagi manakala Anwar ketika melancar Bilik Gerakan Utama PKR Selangor, di Shah Alam malam tadi. Kata Zahid, audio berkenaan sebagai usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO. “Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik. Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO,” kata Zahid. Rakan sejawatan,…

Read More