JAKARTA – Sebanyak 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar dikenakan sekatan pentadbiran oleh Kementerian Perhutanan Indonesia.
Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni seperti dilaporkan media berkata, kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar.
Beliau berkata langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat terbabit dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak berikutan kebakaran itu.
Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang.
Antoni berkata kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan.
Nnnn
