Annuar dakwa rakaman asli…

PUTRAJAYA 8 April – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak semalam adalah asli.

Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid dan Anwar.

“Saya cuba mendengar malam tadi beberapa kali dan sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua individu, pengecaman suara bukanlah menjadi sesuatu perkara rumit.

“Suara orang lain berlakon dengan suara sebenar saya boleh cam, terus-terang saya katanya setakat pengecaman setelah dengar lebih 10 kali, saya yakin 100 peratus itu adalah suara tulen, bukan orang buat-buat,” katanya selepas pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di sini, pada Khamis.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu menyatakan kekecewaan dengan rakaman itu kerana berlaku tidak lebih daripada tempoh 24 jam perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 membuat ketetapan untuk No DAP dan No Anwar.

Related posts

Leave a Comment