10 kluster tamat, 4 baharu muncul

PUTRAJAYA 8 April – Jumlah kluster tamat meningkat kepada 1,087 apabila 10 lagi tamat hari ini sementara yang masih aktif adalah 348 daripada 1,435 kluster yang dilaporkan setakat ini.

Sepuluh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Sungai Lembing, Kluster Kampung Gedang, Kluster Jalan Bukit Blossoms, Kluster Singgahmata, Kluster Mayang Pasir, Kluster Ladang Sungai Pin, Kluster Jalan Pahang, Kluster Jalan Mawar, Kluster Lorong Bakau, dan Kluster Tapak Bina Sungai Batu.

Sebanyak 47 kluster menunjukkan pertambahan kes dan antara yang merekodkan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (89 kes), Kluster Perusahaan Perai Tiga (60 kes), dan Kluster Industri Parit Raja (38 kes).

Sementara itu empat kluster baharu direkodkan iaitu tiga kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

  • KLUSTER JALAN TAMING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 11, Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 8 April, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI PARIT RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Raja, Batu Pahat. Sehingga 8 April, sejumlah 456 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERUSAHAAN PERAI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara,  dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 8 April , sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PADANG MANGGIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347953) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Padang Manggis, Pekan. Sehingga 8 April, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment