Thailand tutup pusat hiburan

BANGKOK 8 April – Semua pusat hiburan di 41 wilayah termasuk Bangkok akan ditutup sekurang-kurangnya dua minggu mulai esok, Jumaat berikutan penularan wabak Covid-19 melalui Kluster Thong Lor.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, langkah itu juga diambil berikutan pengesanan kes Covid-19 tempatan pertama membabitkan varian  B117 UK yang boleh merebak 1.7 kali lebih cepat berbanding virus tanpa mutasi.

Varian baharu itu dikesan di kluster Thong Lor (tempat hiburan) yang membabitkan 24 pesakit.

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha yang memberi perhatian terhadap varian baharu itu dijangka menandatangani perintah penutupan pusat- pusat hiburan pada satu mesyuarat esok.

Keputusan menutup pub, bar, kelab malam dan karaoke itu diambil menjelang cuti sambutan Songkran minggu depan

Penutupan itu melibatkan Bangkok, Ayutthaya, Buri Ram, Chachoengsao, Chaiyaphum, Chanthaburi, Chiang Mai, Chiang Rai, Chon Buri, Chumphon, Kanchanaburi, Khon Kaen, Lampang, Loei, Lop Buri, Nakhon Nayok, Nonthaburi, Nakhon Pathom, Nakhon Ratchasima

Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pathum Thani, Phetchabun, Phetchaburi, Phuket, Prachin Buri, Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi, Ranong, Rayong, Sa Kaeo, Samut Prakan, Samut Sakhon, Samut Songkram, Saraburi, Songkhla, Suphan Buri, Surat Thani, Tak, Udon Thani dan Yala.

Sementara itu, Thailand merekodkan 405 kes baharu hari ini di mana 391 adalah kes tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan 30,310 kes.

Bangkok mencatatkan  48 kes yang dilaporkan hospital manakala 47 hasil ujian pengesanan.

Sebanyak 14 kes import pula adalah dari Emiriyah Arab Bersatu, India, Bangladesh, Malaysia, Switzerland, United Kingdom dan Turki.

Related posts

Leave a Comment