Lonjakan kes harian di Arab Saudi

RIYADH 8 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi melonjak dalam tempoh 24 jam apabila merekodkan 902 kes berbanding 783 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 395,854.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh yang sama sembilan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,728 kematian.

Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 381,189 orang apabila 469 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 402 kes diikuti daerah Makkah 163 dan daerah Timur 155 kes.

Kes aktif pula sebanyak 7,468 dengan 874 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment