9,216 kes harian, 60 kematian

MANILA 8 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan  9,216 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 828,366 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 60 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 14,119 kematian.

Sementara itu, kes sembuh meningkat kepada 646,968 atau 78.1 peratus termasuk 598 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Kes aktif pula 167,279 atau 20.2 peratus.

Related posts

Leave a Comment