Selangor kembali mendahului kes

PUTRAJAYA 8 April – Selangor kembali melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 374 kes (29.1 peratus) berbanding semalam 294.

Daripada jumlah ini, sebanyak 292 kes (78.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 211 kes (16.4 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 162 kes (12.6 peratus).

  • Selangor: 374 kes 
    • 97 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taming;
    • 195 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 211 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 131 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 162 kes 
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Perai Tiga;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 120 kes  
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 13 kes import dari luar negara; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 106 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 101 kes  
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Parit Raja;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment