1,285 kes baharu, empat kematian

PUTRAJAYA 8 April РMalaysia merekodkan sebanyak 1,285 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 355,753 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Lapan daripadanya adalah warganegara.

Bagi kes tempatan daripada 1,268 kes , sebanyak 999 warganegara (78.8%); 269 bukan warganegara (21.2%)

Kes sembuh pula sebanyak 1,175, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 340,242 kes.

Terdapat pertambahan empat kes kematian baharu, dua di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak menjadikan jumlah kumulatif 1,308 kematian.

Sebanyak 186 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment