17 kluster baharu direkodkan

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 17 kluster baharu  dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima kluster komuniti dan kluster tempat kerja, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER NANGA TAJAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394954) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Nanga Tajam, Batang Oya, Selangau. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI RANAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358607) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Ranan, Kanowit. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI NGUNGUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361484) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan pra rawatan. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu berhampiran Sungai Ngungun, Kanowit. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BERGOSONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385507) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 8 April 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, Tawau. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG HILIR ALOR GAJAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379417) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 528 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KEMAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok, Tumpat, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398224) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Kota Bharu. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Kemayang, Bachok. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAMING DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 2, Taman Taming Jaya, Balakong, Hulu Langat. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 264 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER AIR PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358626) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Padang, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 203 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN BARU DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 3,453 individu telah disaring, di mana 113 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN TODAK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370111 dan kes ke-370112) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Todak 1, Pusat Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAU

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362568) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, Shah Alam. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 356 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CHERSONESE

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-389583) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ladang Chersonese, Kuala Krau.  Sehingga 30 April 2021, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN AGAMA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372249) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Agama, Lutong, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATARAN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400758) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, Seremban. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 96 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BUKIT HIJAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-388685) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Taman Bukit Hijau, Cheras. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGAR RIMBA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan sebelum masuk penjara. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Rimba, Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SULTANAH

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385626) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sultanah, Kluang. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment