328 pesakit di ICU

PUTRAJAYA 30 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 hari ini dengan merekodkan 3,788, menjadikan jumlah kumulatif 408,713 dengan kes aktif setakat ini 29,277.

Seramai 328 pesakit Covid-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu angka yang tertinggi setakat ini.

Daripada jumlah ini, seramai 161 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,506.

Kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan.

Sebanyak 13 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment