NEW DELHI 30 April – Lebih 386,000 kes positif direkodkan India hari ini dengan hampir 3,500 kematian dilaporkan.
Hospital tentera mula dibuka kepada pesakit Covid-19 pada Jumaat ketika kerajaan India semakin terdesak untuk menyediakan katil dan bekalan perubatan.
Sementara anggota keluarga pesakit Covid-19 di hospital serata India merayu agar diberi tangki oksigen dan bantuan kecemasan ketika sistem kesihatan negara itu semakin lumpuh.
Menteri Kesihatan berharap bantuan yang dihantar dari lebih 40 negara dapat meredakan situasi.
Antara negara yang telah menghantar bantuan perubatan termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Rusia.
Meskipun menjadi antara negara pengeluar vaksin terbesar dunia, 10 peratus rakyat India telah menerima dos pertama manakala hanya 1.5 peratus menerima dua dos vaksin sejak Januari.
Antara faktor peningkatan kes termasuk perhimpunan secara beramai-ramai untuk acara politik atau majlis agama.
Pada Khamis, jutaan rakyat mengundi dalam pilihan raya negeri di Bengal Barat tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.