Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 30 April – Selangor terus menambah kes dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes (33.4 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,030 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes (20.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 464 kes (12.3 peratus).

Secara keseluruhan sembilan negeri mencatatkan lebih 100 kes harian.

  • Selangor: 1,265 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wau dan Kluster Jalan Taming Dua;
    • 980 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 235 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 760 kes
    • 107 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Air Padang, Kluster Jalan Agama, Kluster Nanga Tajam, Kluster Sungai Ngungun, dan Kluster Sungai Ranan;
    • 574 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 464 kes 
    • 132 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kemayang; 
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 255 kes  
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bukit Hijau;
    • 141 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 250 kes 
    • 99 kes daripada kluster-kluster, termasuk 95 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Baru Dua dan Kluster Tapak Bina Jalan Todak Satu;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 160 kes  
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sultanah dan Kluster Pagar Rimba;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 136 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster, termasuk 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Dataran;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 136 kes
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 118 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chersonese;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment