Dua bazar tutup 2 hari

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dua Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi DBKL hari ini.

“Dimaklumkan hasil dari analisa pengesanan kontak yang telah dilaksanakan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera, ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 telah dikesan di bazar Ramadan ini.

“Sehubungan dengan itu, bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19, bazar Ramadan ini akan ditutup selama dua hari iaitu pada 1 Mei hingga 2 Mei,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, tindakan dibawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi notis terbabit.

Terdahulu, tular sepucuk surat pekeliling yang didakwa dari Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Jumaat.

Surat itu antara lain memaklumkan operasi 22 bazar Ramadan di beberapa negeri ditutup mulai 1 Mei bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Related posts

Leave a Comment