PKP di 5 daerah Kedah 1-14 Mei

KUALA LUMPUR 30 April – Lima daerah di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok sehingga 14 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

PKP Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim itu dilaksanakan berikutan berlakunya penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon.

Dalam tempoh 14 hari sehingga 29 April 2021, KKM mengesahkan 709 kes aktif di lima daerah tersebut selepas berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim/daerah atau zon.

Dalam kenyataannya, beliau berkata PKP ini bertujuan menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kunak, Sabah melibatkan Kampung Skim Cocos dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai.

dan di Sekolah  Kampung Sagah, Sungai Tengah Matang.

Katanya, KKM mengesahkan berlaku kenaikan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.

Ismail Sabri memaklumkan, PKPD di satu lokaliti di Kuching pula melibatkan Kampung Sagah, Sungai Tengah Matang.

Related posts

Leave a Comment