Arab Saudi rekod 531 kes baharu

RIYADH 28 Mac – Arab Saudi merekodkan 531 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 388,325. Menurut satu kenyataan, jumlah kematian pula merekodkan tujuh orang dan ini membawa kepada 6,650 orang. . Kementerian Kesihatan juga merekodkan 389 kes pesakit pulih dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 376,947 kes sembuh. Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 221 kes diikuti daerah timur 105 dan Makkah 99. Ketika ini sebanyak 4,728 kes aktif direkodkan di mana 638 kritikal.

Read More

Indonesia terus catat kes baharu

JAKARTA 28 Mac – Kes positif Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 4,083 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,496,085 kes. Jumlah kes sembuh juga meningkat dengan jumlah kumulatif 1,331,400 orang atau 89.0 peratus apabila 4,279 lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini. Bagi kematian pula, sebanyak 85 kes baharu dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 40,449 atau 2.7 peratus dari keseluruhan kes positif. Lima provinsi yang menambah kes tertinggi adalah Jakarta 1,470 dan kumulatifnya 379,692, Jawa Barat 534 (246,786), Jawa Timur 266 (138,715), Kalimantan Selatan 248 (27,119) dan Kalimantan Timur…

Read More

Muktamad putus hubungan

KUALA LUMPUR 28 Mac – Muktamad. Putus hubungan dengan Bersatu. Berkerat rotan berpatah arang. Itu keputusan berkaitan usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, yang menerajui kerajaan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersetujui sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berakhir hari ini. Bagaimanapun PAU 2020 menyerahkan mandat kepada Presiden dan Majlis Tertinggi parti itu untuk menentukan bila waktunya bagi menarik diri daripada kerajaan PN. Perkara itu diputuskan ketika ucapan penggulungan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertanyakan persetujuan tentang perkara itu kepada…

Read More

83.6 peratus sembuh di Filipina

MANILA 28 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 9,475 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 721,892 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH mencatatkan 22,000 kes pesakit sembuh, angka yang besar berbanding 481 semalam . Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 603,154 atau 83.6 peratus daripada keseluruhan kes manakala kes aktif 105,568. DoH juga merekodkan 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 13,170 kematian.

Read More

Thailand catat 77 kes baharu

BANGKOK 28 Mac – Thailand merekodkan 77 kes baharu dan satu kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 28,734 kes dan 94 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 58 kes adalah jangkitan tempatan manakala 19 lagi adalah kes import. Kes kematian pula melibatkan seorang wanita berusia 75 tahun yang tinggal di Bangkok, dikesan positif Covid-19 pada Selasa lalu dan meninggal dunia semalam, Sabtu. Bangkok mendahului dengan 20 kes yang direkodkan pihak hospital manakala 12 melalui pengesanan aktif. Samut Sakhon mencatatkan tujuh kes melalui kemudahan perubatan dan sembilan melalui ujian pengesanan…

Read More

14 kluster tamat, 3 kluster baharu

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 14 kluster tamat pada hari ini menjadikan  966 kluster berakhir daripada sejumlah 1,347 yang direkodkan setakat ini. Tiga lagi kluster melibatkan masing-masing satu kluster tempat kerja, komuniti, dan pusat tahanan dicatatkan menjadikan 381 kluster aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Desa Tropika, Kluster Jalan Selisik, Kluster Kejatau, Kluster Jalan Kepong, Kluster Jan Yong, Kluster Seruas, Kluster Jalan By Pass, Kluster Ladang Desa Jerocco. Kluster Jalan Seputeh, Kluster Jalan Raja, Kluster Menara Sri, Kluster Rakut, Kluster Tapak Bina Jalan Sultan, dan Kluster Jalan…

Read More

Sarawak mendahului kes harian

SARAWAK mendahului kes jangkitan harian hari ini apabila merekodkan 426 kes menjadikan jumlah keseluruhan 15,869 kes. Dengan angka itu, Sarawak mengatasi Selangor yang merekodkan 256 kes tetapi dengan jumlah terkumpul 114,797, tertinggi berbanding negeri lain. Pulau Pinang pula merekodkan 212 kes menjadikan jumlah terkumpul 15,511 dan Johor 176 kes.dengan jumlah kumulatif 40,902 kes. Sarawak: 426 kes 224 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 97 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor: 256 kes  32 kes daripada kluster-kluster; termasuk lima kes daripada kluster baharu…

Read More

Kes baharu 1,302 sembuh 1,127

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 1,302 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini 341,944 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sebanyak 283 kes (21.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), Kluster DTI Juru (35 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes). Katanya, sebanyak 1,127 pesakit sembuh…

Read More

PKPD di dua lokasi, Kelantan, Perak

KUALA LUMPUR 28 Mac – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kg. Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan bermula 29 Mac sehingga 11 April ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti. KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan sebanyak 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri…

Read More

Tun Faisal digantung 6 tahun

KUALA LUMPUR 28 Mac – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian dalam parti selama enam tahun bermula 27 Mac 2021 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. MKT membuat keputusan itu pada mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi. Beliau digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah fasal 20.9 (b) (c) serta di bawah Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO. Pada 24 Januari lalu, Tun Faisal antara lain mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan…

Read More