Kes baharu 1,302 sembuh 1,127

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 1,302 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini 341,944 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 283 kes (21.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), Kluster DTI Juru (35 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Katanya, sebanyak 1,127 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 326,309 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif kini mencecah angka 14,380.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan empat kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,255.

Kes-kes kematian hari ini melibatkan dua kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor dan Kedah. Kesemua kes merupakan warganegara.

Seramai 169 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 76 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment