Arab Saudi rekod 531 kes baharu

RIYADH 28 Mac – Arab Saudi merekodkan 531 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 388,325.

Menurut satu kenyataan, jumlah kematian pula merekodkan tujuh orang dan ini membawa kepada 6,650 orang. .

Kementerian Kesihatan juga merekodkan 389 kes pesakit pulih dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 376,947 kes sembuh.

Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 221 kes diikuti daerah timur 105 dan Makkah 99.

Ketika ini sebanyak 4,728 kes aktif direkodkan di mana 638 kritikal.

Related posts

Leave a Comment