Kes selepas raya meningkat lagi

PUTRAJAYA 10 Mei – Sebanyak 2,246 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, meningkat sedikit berbanding 2,153 semalam menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 4,461,135 kes.

Menurut data dikongsikan dalam COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,241 penularan tempatan dan lima kes import.

Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 1,160 kes, diikuti Kuala Lumpur 261, Pulau Pinang 151, Negeri Sembilan 116 dan Johor 104.

Ini diikuti Perak 97, Kedah 92, Melaka 51, Kelantan 46, Sarawak 39, Sabah 38, Pahang 36, Terengganu 32, Perlis 13, Labuan enam dan Putrajaya empat.

Terdapat sebanyak 22,368 kes aktif, setakat semalam, dengan 21,230 (94.9 peratus) sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,065 kes sedang menerima rawatan di hospital; Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan 39; ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan 30; serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (empat).

Sementara itu , satu lagi korban Covid-19 direkodkan, semalam, tanpa kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kematian baharu itu direkodkan di Kedah, menjadikan jumlah korban Covid-19 di negara ini meningkat kepada 35,584 kes.

Sebanyak 2,433 lagi kes sembuh dilaporkan, membawa kepada jumlah kumulatif 4,403,183, setakat ini.

Related posts

Leave a Comment