Thailand catat 77 kes baharu

BANGKOK 28 Mac – Thailand merekodkan 77 kes baharu dan satu kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 28,734 kes dan 94 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 58 kes adalah jangkitan tempatan manakala 19 lagi adalah kes import.

Kes kematian pula melibatkan seorang wanita berusia 75 tahun yang tinggal di Bangkok, dikesan positif Covid-19 pada Selasa lalu dan meninggal dunia semalam, Sabtu.

Bangkok mendahului dengan 20 kes yang direkodkan pihak hospital manakala 12 melalui pengesanan aktif.

Samut Sakhon mencatatkan tujuh kes melalui kemudahan perubatan dan sembilan melalui ujian pengesanan manakala Samut Prakan merekodkan tiga jangkitan yang dilaporkan hospital dan dua ujian pengesanan.

Pathum Thani pula merekodkan dua kes di hospital dan ujian pengesanan aktif mencatatkan dua kes di Nonthaburi dan satu dinRatchaburi.

Sebanyak 19 kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba di negara ini iaitu enam dari Hungary, tiga dari Amerika Syarikat, dua dari Emiriyah Arab Bersatu, dua dari India dan setiap satu dari Korea Selatan, Sweden, Rusia, Bulgaria, Ethiopia dan Kuwait.

Related posts

Leave a Comment