14 kluster tamat, 3 kluster baharu

PUTRAJAYA 28 Mac – Sebanyak 14 kluster tamat pada hari ini menjadikan  966 kluster berakhir daripada sejumlah 1,347 yang direkodkan setakat ini.

Tiga lagi kluster melibatkan masing-masing satu kluster tempat kerja, komuniti, dan pusat tahanan dicatatkan menjadikan 381 kluster aktif.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Desa Tropika, Kluster Jalan Selisik, Kluster Kejatau, Kluster Jalan Kepong, Kluster Jan Yong, Kluster Seruas, Kluster Jalan By Pass, Kluster Ladang Desa Jerocco.

Kluster Jalan Seputeh, Kluster Jalan Raja, Kluster Menara Sri, Kluster Rakut, Kluster Tapak Bina Jalan Sultan, dan Kluster Jalan Jinjang.

Sebanyak 60 kluster merekodkan pertambahan kes dengan kes tertinggi dicatatkan Kluster Depot Imigresen Semuja (191 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (52 kes), dan Kluster Teknologi Bukit Minyak (45 kes).

Tiga kluster baharu yang direkodkan adalah:

KLUSTER LADANG SUNGAI PELEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328801) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang di Sungai Pelek, Sepang. Sehingga 28 Mac, sejumlah 182 individu disaring, di mana 32 kes dikesan positif.

KLUSTER PATEK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326000) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Patek, Kota Bharu. Sehingga 28 Mac, sejumlah 331 individu disaring, di mana 63 kes dikesan positif.

KLUSTER PAGAR BUKIT CHAGAR

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar ke atas tahanan-tahanan dan kakitangan sebuah pusat tahanan yang terletak di  Bukit Chagar, Johor Bahru. Sehingga 28 Mac, sejumlah 174 individu disaring, di mana 52 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment