Indonesia terus catat kes baharu

JAKARTA 28 Mac – Kes positif Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 4,083 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,496,085 kes.

Jumlah kes sembuh juga meningkat dengan jumlah kumulatif 1,331,400 orang atau 89.0 peratus apabila 4,279 lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Bagi kematian pula, sebanyak 85 kes baharu dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 40,449 atau 2.7 peratus dari keseluruhan kes positif.

Lima provinsi yang menambah kes tertinggi adalah Jakarta 1,470 dan kumulatifnya 379,692, Jawa Barat 534 (246,786), Jawa Timur 266 (138,715), Kalimantan Selatan 248 (27,119) dan Kalimantan Timur 164 kes dan kumulatifnya 63.093 kes.. 

Terdapat lima provinsi menambah pesakit sembuh termasuk Jakarta 1,359 orang dan kumulatifnya 365,534, Jawa Barat 839  (218.939), Kalimantan Timur 366 (58,285), Jawa Timur 234 (126.809) dan Kalimantan Selatan 195 (23,647).

Jakarta pula merekodkan 23 kes kematian dan kumulatifnya 6,301, Jawa Timur menambahkan 18 kes dan kumulatifnya  tertinggi iaitu 9,828, Jawa Barat tujuh kes (3,135), Yogyakarta enam kes (794 ), serta Bali lima kes (1,112).

Sementara itu, penerima vaksinasi Covid-19 meningkat melebihi tujuh juta atau  7.243.202 orang. Peningkatan ini dengan adanya tambahan penerima vaksin harian sebanyak 64.188 orang. Jumlah yang menerima vaksinasi kedua pula 3.246.455 orang.

Related posts

Leave a Comment