83.6 peratus sembuh di Filipina

MANILA 28 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 9,475 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 721,892 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH mencatatkan 22,000 kes pesakit sembuh, angka yang besar berbanding 481 semalam .

Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 603,154 atau 83.6 peratus daripada keseluruhan kes manakala kes aktif 105,568.

DoH juga merekodkan 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 13,170 kematian.

Related posts

Leave a Comment