345 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Mac – Arab Saudi merekodkan 345 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 382,752 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,573 kematian. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 372,926 orang apabila 223 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sebanyak 3,253 kes aktif dilaporkan di mana 567 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 142 kes diikuti daerah Timur 80 dan Makkah 47 kes.

Read More

78 kes, satu kematian di Thailand

BANGKOK 15 Mac  – Jumlah kematian akibat Covid-19 di Thailand meningkat kepada 87 orang apabila satu lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, jumlah kes jangkitan baharu pula adalah 78 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini 27,005. Kes kematian terbaharu itu membabitkan lelaki warga tempatan berusia 88 tahun dari Pathum Thani. Lelaki itu dipercayai dijangkiti virus Covid-19 selepas menerima kunjungan  ahli keluarga atau rakan yang pernah mengunjungi Pasar Pornphat, satu lagi kawasan panas terbaru di Thailand. Mangsa yang…

Read More

Kes harian Filipina 5,404

MANILA 15 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 5,404 kes jangkitan baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 626,893 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 53,479 atau 8.5 peratus adalah kes aktif. Sebanyak 560,577 orang atau 89.4 peratus daripada keseluruhan kes telah sembuh termasuk 71 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. DoH juga melaporkan mengenai lapan lagi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 12,837 kematian.

Read More

Mat Sabu sifatkan demokrasi hancur

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tahun kehancuran demokrasi. Undi rakyat tidak lagi berharga. Begitu kenyataan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berhubung perkembangan politik semasa. Beliau berkata, melalui sistem demokrasi, rakyat menjadi penentu untuk mengangkat parti-parti tertentu menjadi pemerintah melalui peti undi. Katanya, parti-parti politik yang memperoleh majoriti di Dewan Rakyat akan menjadi pemerintah dan yang kalah menjadi pembangkang. “Tetapi sistem ini telah hancur. Wakil wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar tukar parti setelah memenangi pilihanraya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau…

Read More

13 kluster baharu, 431 masih aktif

PUTRAJAYA 15 Mac – Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini iaitu 12 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster keagamaan menjadikan jumlah terkumpul 1,250 kluster. Bagaimanapun hanya 431 masih aktif apabila 819 kluster telah berakhir termasuk enam yang tamat pada hari ini. Enam kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga. Sebanyak 56 kluster dengan pertambahan kes baharu dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria…

Read More

Selangor mendahului tetapi turun

PUTRAJAYA 15 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi tetapi menunjukkan penurunan kes kepada 379 kes (31.4 peratus) berbanding 577 kes yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 333 kes (87.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 251 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes (11.8 peratus). Selangor: 379 kes  65 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Amari, Kluster Sungai Puloh, dan Kluster Batu Tiga Lama; 268 kes…

Read More

Kes sembuh atasi kes positif

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara dan tujuh bukan warganegara. Daripada 1,199 kes tempatan pula, 920 adalah warganegara dan 279 bukan warganegara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 15,511 kes. Terdapat pertambahan sebanyak tiga kes pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,213 kes. Kes-kes kematian pada…

Read More

Covid-19 : 500 kes sehari pada Mei

PUTRAJAYA 15 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 dijangka  boleh turun sehingga 500 kes sehari pada Mei ini mengikut kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught Covid-19 kurang 1.0, kata Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba Beliau berkata , perkara itu dilihat berdasarkan trend penurunan kes mengikut negeri yang dicapai setakat hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata, situasi itu hanya boleh berlaku sekiranya kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) tahap tertinggi dalam kalangan rakyat. “Berdasarkan penelitian kes menunjukkan kadar Rt berada pada paras 0.87 berbanding 0.9 pada dua minggu lalu dan kejayaan ini dicapai…

Read More

Dua tahun serangan dua masjid

AUCKLAND : Perdana Menteri Jacinda Ardern mengingatkan bahawa isu perkauman dan pelampau kulit putih (white supremacy) masih perlu menjadi perkara yang dibahaskan di peringkat global “Dunia perlu bercakap soal ini. Selepas serangan itu, menjadi tugas kepada New Zealand untuk menguruskan ‘rumahnya’ dengan teratur,” katanya, genap dua tahun serangan berdarah di dua masjid di bandar Christchurch. Katanya, adalah tidak adil untuk menyifatkan ia bukan tanggungjawab New Zealand dalam menangani isu itu ekoran pengganas tersebut adalah warga Australia. Brenton Tarrant, yang bersenjatakan semi-automatik membunuh 51 individu dan mencedarakan puluhan lain apabila melakukan…

Read More

PICK: Pendaftaran 1.4 juta tak lengkap

PUTRAJAYA 15 Mac – Sebanyak 1.4 juta individu yang sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan menggunakan aplikasi MySejahtera diminta melengkapkan semula pendaftaran masing-masing. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu penting bagi memudahkan urusan khususnya dalam membuat janji temu melibatkan pusat pemberian vaksin yang berhampiran. Menurut beliau, MySejahtera berdepan kesukaran untuk melakukan janji temu kerana gagal melengkapkan data seperti menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan memasukkan alamat terkini masing-masing. Difahamkan mereka hanya mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan tetapi…

Read More