Mat Sabu sifatkan demokrasi hancur

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tahun kehancuran demokrasi. Undi rakyat tidak lagi berharga. Begitu kenyataan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berhubung perkembangan politik semasa.

Beliau berkata, melalui sistem demokrasi, rakyat menjadi penentu untuk mengangkat parti-parti tertentu menjadi pemerintah melalui peti undi.

Katanya, parti-parti politik yang memperoleh majoriti di Dewan Rakyat akan menjadi pemerintah dan yang kalah menjadi pembangkang.

“Tetapi sistem ini telah hancur. Wakil wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar tukar parti setelah memenangi pilihanraya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata apabila wakil rakyat boleh dijual beli di pasaran politik negara, maka tidak mustahil wakil rakyat juga boleh dibeli di peringkat antarabangsa yang ianya merupakan ancaman kepada negara.

“Oleh itu kita semua rakyat Malaysia perlu bertindak segera untuk meletakkan kembali asas demokrasi untuk mengembalikan keharmonian hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Related posts

Leave a Comment