13 kluster baharu, 431 masih aktif

PUTRAJAYA 15 Mac – Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini iaitu 12 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster keagamaan menjadikan jumlah terkumpul 1,250 kluster.

Bagaimanapun hanya 431 masih aktif apabila 819 kluster telah berakhir termasuk enam yang tamat pada hari ini.

Enam kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Tropicana, Kluster Pengkalan Teras, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Lengkok Pantai, Kluster Tabong, dan Kluster Jalan Niaga.

Sebanyak 56 kluster dengan pertambahan kes baharu dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (29 kes), Kluster Ladang Bukit (29 kes), dan Kluster Jalan Mega Lima (22 kes).

Berikut 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERUSAHAAN AMARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Amari, Kawasan Industri Batu Caves, Gombak. Sehingga 15 Mac, sejumlah 24 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI PULOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316555) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Puloh, Klang. Sehingga 15 Mac, sejumlah 103 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MEGA LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 15 Mac, sejumlah 89 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU TIGA LAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Batu Tiga, Kampung Baru Subang, Shah Alam. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 221 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321611) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang tinggal di Jalan Delima 12, Taman Cahaya Masai, Johor Bahru. Sehingga 15 Mac , sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU 19

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318626) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Batu 19, Jalan Air Hitam, Kulai. Sehingga 15 Mac, sejumlah 57 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322256) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tanjung, Bintulu. Sehingga 15 Mac 2021, sejumlah 127 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI GUNUNG MAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320447 dan kes ke-321826) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 dan 13 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Industri Kecil Gunung Mas, Taman Gunung Mas, Tampin. Sehingga 15 Mac, sejumlah 188 individu disaring, di mana 32 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LAPAN BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan 12/118B, Desa Tun Razak, Cheras. Sehingga 15 Mac, sejumlah 15 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER CHENDERING HEIGHT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323758) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Chendering Height, Kuala Terengganu. Sehingga 15 Mac, sejumlah 132 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SEKERAT

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313381) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah mesyuarat yang berlangsung di Jalan Sekerat, Sungai Petani serta kontak rapat mereka. Sehingga 15 Mac, sejumlah 52 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA MEHA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Padang Meha, Padang Serai, Kulim. Sehingga 15 Mac, sejumlah 78 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG AIR BATANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320891) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat penginapan yang terletak di Kampung Air Batang, Pulau Tioman, Rompin. Sehingga 15 Mac, sejumlah 27 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment