Covid-19 : 500 kes sehari pada Mei

PUTRAJAYA 15 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 dijangka  boleh turun sehingga 500 kes sehari pada Mei ini mengikut kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught Covid-19 kurang 1.0, kata Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba

Beliau berkata , perkara itu dilihat berdasarkan trend penurunan kes mengikut negeri yang dicapai setakat hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi itu hanya boleh berlaku sekiranya kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) tahap tertinggi dalam kalangan rakyat.

“Berdasarkan penelitian kes menunjukkan kadar Rt berada pada paras 0.87 berbanding 0.9 pada dua minggu lalu dan kejayaan ini dicapai berdasarkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Data ini melihat trend penurunan kekal dan jika rakyat terus patuh kepada SOP, kita jangkakan kes akan berada dalam lingkungan 500 sehari menjelang Mei ini,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

Adham memberitahu, sebanyak 11 daerah di Semenanjung memperoleh status zon hijau berbanding enam daerah pada 28 Februari lalu manakala 11 daerah di Sarawak dan dua daerah di Sabah juga telah bertukar status kepada zon hijau.

“Status daerah yang berada dalam zon merah juga telah berkurang di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment