Kes sembuh atasi kes positif

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia merekodkan sebanyak 1,208 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 324,971 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Daripada 1,199 kes tempatan pula, 920 adalah warganegara dan 279 bukan warganegara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 15,511 kes.

Terdapat pertambahan sebanyak tiga kes pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,213 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak iaitu dua warganegara dan satu bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,973 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 308,247 kes.

Setakat ini, 155 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 70 orang memerlukan bantuan pernafasan.

getuid.gif

sync.gif

generic.gif

getuid.gif

getuid.gif

pixel.png

getuid.gif

getuid.gif

gl2.gif

gl2.gif

Related posts

Leave a Comment