31 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 16 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,180 orang, daripada 3.06 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 31 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan kes tertunggak yang ada antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 182,965 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 170,635 individu atau 93.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,517 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di mana 6,619 kes dirawat di hospital dan 194 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 74 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 120 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment