Dua tahun serangan dua masjid

AUCKLAND : Perdana Menteri Jacinda Ardern mengingatkan bahawa isu perkauman dan pelampau kulit putih (white supremacy) masih perlu menjadi perkara yang dibahaskan di peringkat global

“Dunia perlu bercakap soal ini. Selepas serangan itu, menjadi tugas kepada New Zealand untuk menguruskan ‘rumahnya’ dengan teratur,” katanya, genap dua tahun serangan berdarah di dua masjid di bandar Christchurch.

Katanya, adalah tidak adil untuk menyifatkan ia bukan tanggungjawab New Zealand dalam menangani isu itu ekoran pengganas tersebut adalah warga Australia.

Brenton Tarrant, yang bersenjatakan semi-automatik membunuh 51 individu dan mencedarakan puluhan lain apabila melakukan tembakan rambang ke atas umat Islam pada 15 Mac 2019.

Tarrant turut mengumumkan hasratnya selain menyiarkan keganasan itu menerusi siaran langsung di Facebooknya.

Tragedi itu sekali gus mencetuskan perdebatan global akibat ancaman pelampau kulit putih.

Komuniti Islam dalam di negara ini mengalami tekanan isu perkauman sebelum serangan itu berlaku.

“Semua pemimpin dunia mempunyai tanggungjawab kerana suara mereka boleh disiarkan di mana sahaja, tidak kira masa. Semua negara perlu memandang perkara ini dengan serius,” katanya.

Tahun lalu, Ardern memohon maaf selepas suruhanjaya siasatan diraja memaklumkan agensi keselamatan negara itu sering memberikan tumpuan kepada isu keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam.

Ditanya sama ada New Zealand menjadi lebih selamat berbanding dua tahun lalu, jawab Ardern: “Bukan saya yang patut jawab soalan itu, hanya komuniti Muslim boleh menjawabnya. Buat masa ini, masih banyak yang perlu dilakukan.”

Related posts

Leave a Comment