345 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Mac – Arab Saudi merekodkan 345 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 382,752 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,573 kematian.

Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 372,926 orang apabila 223 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sebanyak 3,253 kes aktif dilaporkan di mana 567 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 142 kes diikuti daerah Timur 80 dan Makkah 47 kes.

Related posts

Leave a Comment