Selangor mendahului tetapi turun

PUTRAJAYA 15 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi tetapi menunjukkan penurunan kes kepada 379 kes (31.4 peratus) berbanding 577 kes yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 333 kes (87.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 251 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 142 kes (11.8 peratus).

  • Selangor: 379 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Amari, Kluster Sungai Puloh, dan Kluster Batu Tiga Lama;
    • 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga kes import dari luar negara; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 251 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 142 kes 
    • Lapan kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • T89 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 118 kes  
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Delima, dan Kluster Batu 19;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment