351 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 13 Mac – Arab Saudi mencatatkan 351 kes baharu Covid-19 berbanding 360 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 382,059 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada 6,563 kematian. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 239 pesakit pulih yang menjadikan jumlah kes sembuh 372,456 orang. Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 175 kes diikuti daerah Timur 74 kes dan Makkah 42. Kes aktif pula 3,040 dan 553 dalam keadaan kritikal.

Read More

78 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 13 Mac – Thailand merekodkan satu kematian dan 78 kes baharu Covid-19 yang merangkumi 67 kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 86 kematian dan 26,757 kes. Kes kematian melibatkan seorang wanita 56, pesakit kencing manis di Samut Sakhon yang dirawat hampir sebulan . Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, wanita itu turut mengalami demam, batuk dan sakit otot pada 15 Februari dan diuji positif empat hari kemudian. Pada 23 Februari, dia mengalami sesak nafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan tetapi tahap kesihatannya terus merosot sebelum meninggal pada Jumaat. Daripada 67 kes…

Read More

Tambahan 5,000 kes di Filipina

MANILA 13 Mac – Filipina mencatatkan 5,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini, berbanding 4,578 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 616,611 kes dengan kes aktif 56,679. Setakat pukul 4 petang, Jabatan Kesihatan juga merekodkan 72 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,766 kematian. Pada masa yang sama, 281 pesakit dilaporkan pulih dan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 547,166 atau 88.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

808 kluster tamat, 426 aktif

PUTRAJAYA 13 Mac – Kluster aktif kini 426 selepas dua lagi  kluster baharu berkaitan tempat kerja direkodkan menjadikan 1,234 manakala 808 kluster tamat termasuk 16 hari ini. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Jalan Dua Belas, Kluster Lorong Sahabat, Kluster Laman Desaru, Kluster Jalan Bagan, Kluster Jalan Gombak, Kluster Kandi Sungai Besi, Kluster Jalan Pulai 55. Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Ladang Baturong, Kluster Tapak Bina Perdana Avenue, Kluster Tapak Bina Casuarina, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Jalan i-Park Satu,…

Read More

Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 13 Mac – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 551 kes (37.5 peratus). Bagaimanapun jumlah itu turun berbanding 751 kes semalam. Daripada 551 kes itu, sebanyak 473 kes (85.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus). Selangor: 551 kes  61 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Sembilan (9) kes import…

Read More

1,470 kes baharu, tiga kematian

PUTRAJAYA 13 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 1,470 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 322,409 dengan kes aktif 16,711 kes; Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 12 adalah kes import melibatkan lapan warganegara dan empat bukan warganegara. Kes tempatan pula melibatkan 1,458 kes iaitu 1,099 warganegara (75.4%) dan 359 bukan warganegara (24.6%). Sebanyak 89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29…

Read More

Lebih ramai bakal sokong Bersatu, PN?

PUTRAJAYA 13 Mac – Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing-masing, kata Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa. Beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi ‘kawannya’ memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tindakan tersebut, katanya kerana prestasi baik yang ditunjukkan kerajaan khususnya dalam menyelesai isu Covid-19. “Sebenar lebih ramai pihak termasuk ahli Parlimen yang bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan PN. Saya difahamkan selain daripada Dr Xavier, ada lagi tujuh atau lapan orang lagi kawan-kawan saya…

Read More

Dr. Xavier jadi sasaran?

KUALA LUMPUR 13 Mac – Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar yang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini mendakwa dirinya menjadi sasaran SPRM. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, wakil rakyat itu menjadi sasaran siasatan setelah SPRM menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berhubung satu kes yang sedang berjalan. “Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu dalam satu…

Read More

PKR hilang 3 wakil rakyat dalam 2 minggu

SHAH ALAM 13 Mac – Seorang lagi wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Xavier Jayakumar mengumumkan keluar dari parti itu, dua minggu selepas dua anggota Parlimen PKR meninggalkan parti berkenaan. Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga adalah Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli semasa kerajaan Pakatan Harapan. Sebelum ini Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong mengumumkan keluar PKR dan mengisytiharkan sebagai ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Xavier dalam kenyataannya berkata, beliau kecewa dengan apa  yang…

Read More

Jumaat : JAIS lakukanlah sesuatu….

KHAMIS ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir. Tidak pasti sama ada akan disambung atau sebaliknya. Sebarang keputusan, rakyat akan terus patuh kerana apa juga nama PKP, PKPB, PKP Pemulihan (PKPP) atau PKP Diperketat (PKPD), tujuannya bagi membendung Covid-19. Sama ada Jumaat ini boleh rentas negeri atau tidak terpulanglah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mempertimbangkannya kerana kita cuba mengelak kluster rentas negeri seperti yang berlaku sebelum ini. Cuma persoalan yang sedang bermain di fikiran sekarang khususnya di Selangor adakah pada Jumaat akan datang 19 Mac masjid dapat menerima…

Read More