Lebih ramai bakal sokong Bersatu, PN?

PUTRAJAYA 13 Mac – Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing-masing, kata

Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa.

Beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi ‘kawannya’ memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan tersebut, katanya kerana prestasi baik yang ditunjukkan kerajaan khususnya dalam menyelesai isu Covid-19.

“Sebenar lebih ramai pihak termasuk ahli Parlimen yang bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan PN. Saya difahamkan selain daripada Dr Xavier, ada lagi tujuh atau lapan orang lagi kawan-kawan saya ahli Parlimen yang ada memberi indikasi bersedia menyokong (kerajaan),” katanya.

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu pula menjangkakan lebih ramai pemimpin dari parti pembangkang bakal menyertai parti itu mahupun PN.

“Ada beberapa lagi yang ingin menyertai Bersatu terutamanya dari parti pembangkang. Namun ketika ini kami hanya berikan kenyataan berhubung Adun Tronoh dan Adun Buntong sahaja.

“Saya rasakan bila semakin hampir pilihan raya nanti kita akan lihat lebih ramai pemimpin dari parti lain terutamanya pembangkang akan lahirkan hasrat untuk menyertai Bersatu atau parti dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Sementara itu ciapan Menteri Kanan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Azmin Ali menguatkan lagi tanggapan tersebut.

1+1+1+…… dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” kata Ahli Parlimen Gombak itu ringkas.

Related posts

Leave a Comment