808 kluster tamat, 426 aktif

PUTRAJAYA 13 Mac – Kluster aktif kini 426 selepas dua lagi  kluster baharu berkaitan tempat kerja direkodkan menjadikan 1,234 manakala 808 kluster tamat termasuk 16 hari ini.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Jalan Dua Belas, Kluster Lorong Sahabat, Kluster Laman Desaru, Kluster Jalan Bagan, Kluster Jalan Gombak, Kluster Kandi Sungai Besi, Kluster Jalan Pulai 55.

Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Ladang Baturong, Kluster Tapak Bina Perdana Avenue, Kluster Tapak Bina Casuarina, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu.

Sebanyak 52 kluster dengan pertambahan kes baharu dilaporkan hari ini dan antara yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Salak (73 kes), Kluster Lintang Bayan Lepas (56 kes), dan Kluster Tembok Tapah (49 kes).

Dua kluster baharu adalah

  • KLUSTER JALAN MEGA CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315601) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga kepada kes dan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan makanan yang terletak di Jalan Mega 1/6, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 13 Mac, sejumlah 54 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PRIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315782) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat asuhan yang terletak di Jalan Pria 4, Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 13 Mac, sejumlah 37 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment