Tambahan 5,000 kes di Filipina

MANILA 13 Mac – Filipina mencatatkan 5,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini, berbanding 4,578 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 616,611 kes dengan kes aktif 56,679.

Setakat pukul 4 petang, Jabatan Kesihatan juga merekodkan 72 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,766 kematian.

Pada masa yang sama, 281 pesakit dilaporkan pulih dan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 547,166 atau 88.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment