78 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 13 Mac – Thailand merekodkan satu kematian dan 78 kes baharu Covid-19 yang merangkumi 67 kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 86 kematian dan 26,757 kes.

Kes kematian melibatkan seorang wanita 56, pesakit kencing manis di Samut Sakhon yang dirawat hampir sebulan .

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, wanita itu turut mengalami demam, batuk dan sakit otot pada 15 Februari dan diuji positif empat hari kemudian.

Pada 23 Februari, dia mengalami sesak nafas dan memerlukan alat bantuan pernafasan tetapi tahap kesihatannya terus merosot sebelum meninggal pada Jumaat.

Daripada 67 kes jangkitan, sebanyak 34 dikesan melalui pengesanan aktif iaitu di Samut Sakhon (32) dan Pathum Thani (2).sementara 33 kes dikesan di hospital atau kemudahan lain di Samut Sakhon (16) dan Bangkok 13.

Bagi kes import pula, 11 kes adalah melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba dari luar negara termasuk empat dari Bangladesh.

Sementara itu sebanyak 30 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 26.086 orang sementara 585 masih menerima rawatan di hospital..

Related posts

Leave a Comment