1,470 kes baharu, tiga kematian

PUTRAJAYA 13 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 1,470 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 322,409 dengan kes aktif 16,711 kes;

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 12 adalah kes import melibatkan lapan warganegara dan empat bukan warganegara.

Kes tempatan pula melibatkan 1,458 kes iaitu 1,099 warganegara (75.4%) dan 359 bukan warganegara (24.6%).

Sebanyak 89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Sementara itu 1,830 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 304,492.

Sebanyak 162 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 70

memerlukan bantuan pernafasan.

Tiga kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,206 kesemuanya , warganegara masing-masing satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Terengganu.

Related posts

Leave a Comment