SEPANG 9 Okt. – Bakal jemaah Haji yang sudah menerima tawaran menunaikan haji boleh memilih pelbagai pakej pilihan di Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali Ke-5 (KHUP5) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di sini.
KHUP5 yang bermula semalam dan berakhir Ahad menawarkan pelbagai pilihan pakej bagi jemaah yang tidak inginkan pilihan keselesaan termasuk berkaitan penginapan dan perjalanan ibadah di dua Tanah Suci.
Sebanyak 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi musim haji 1448/2027 menyertai KHUP5 itu.
Turut serta Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) syarikat pengendali haji dan umrah yang berpengalaman selama 22 tahun mengendalikan jemaah.
Bagi musim akan datang Andalusia menawarkan pakej haji musim 1448H/2027M bermula RM49,990, dengan lokasi penginapan berhampiran Masjidilharam serta bimbingan ibadah menyeluruh kepada bakal jemaah.
Menerusi pelbagai pilihan pakej, Andalusia mengutamakan keselesaan penginapan, kemudahan perjalanan dan bimbingan ibadah.
Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, berkata empat kategori pakej ditawarkan iaitu Amjad, Elaf, Elaf Safwah dan Safwah Full.
Pakej berkenaan menawarkan pilihan penginapan pada jarak kira-kira 50 hingga 490 meter dari dataran Masjidilharam, tanpa menjadikan hotel di kawasan Aziziyah atau Syisya sebagai penginapan utama di Makkah.
“Kita sebenarnya nak memastikan semua jemaah Andalusia yang pertama kali mengerjakan haji akan dapat menginap di kawasan Makkah itu berdekatan dengan Masjidilharam,,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika selepas perasmian KHUP5 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah dan Penasihat Syariah Lukmanul Hakim Hanafi (Ustaz Pilot).
Ida Riswana berkata, penempatan berhampiran Masjidilharam bertujuan memudahkan pergerakan jemaah untuk menunaikan solat berjemaah dan melaksanakan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.
Selain penginapan, pakej turut merangkumi tiket ekonomi kereta api berkelajuan tinggi Haramain bagi perjalanan sehala, sajian makanan, perkhidmatan petugas di Tanah Suci serta pilihan Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) bagi kategori tertentu.
Andalusia turut menyediakan Kursus Simulasi Manasik Haji bagi memberi pendedahan kepada bakal jemaah mengenai perjalanan dan tatacara pelaksanaan ibadah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Inisiatif itu bertujuan membantu jemaah membuat persediaan lebih rapi, selain meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka untuk menghadapi perjalanan ibadah berkenaan.
Bagi yang mengesahkan pendaftaran, Andalusia turut menyediakan 30 barangan keperluan haji secara percuma kepada setiap jemaah.
Bakal jemaah yang sudah menerima tawaran haji boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran di reruai Andalusia B001 hingga B010 sepanjang KHUP-5 yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober ini.
Pendaftaran turut dibuka menerusi 73 cawangan Andalusia di seluruh negara atau secara dalam talian.
