351 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 13 Mac – Arab Saudi mencatatkan 351 kes baharu Covid-19 berbanding 360 kes yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 382,059 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada 6,563 kematian.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 239 pesakit pulih yang menjadikan jumlah kes sembuh 372,456 orang.

Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 175 kes diikuti daerah Timur 74 kes dan Makkah 42.

Kes aktif pula 3,040 dan 553 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment